Blogroll

BLOG PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2018

Rabu, 11 Julai 2018

Buli Siber


Hentikan Buli Siber


Perbuata mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), Chatting, e-mail, laman sesawang, telifon bimbit atau perminan internet.

Sabtu, 7 Julai 2018

4 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU DALAM “ILMU COPYWRITING”


Anda dah pening kepala nak tulis ayat iklan yang menjual? Belum start tulis lagi pun dah sakit kepala?
Jadi, anda kena baca ilmu copywriting ni!

Apa dia copywriting ni?

Copywriting lebih mudah dikenali sebagai ayat jualan/ayat promosi/ayat memujuk pelanggan/ayat pukau pelanggan atau apa saja dengan objektif mempengaruhi prospek, dan seterusnya membuatkan mereka bertindak. Dan sudah pasti, tindakan yang dimahukan adalah MEMBELI!

Selasa, 3 Julai 2018

Strategi Pemasaran Digital dan Langkah-Langkahnya


Pemasaran digital adalah salah satu strategi pemasaran untuk mempromosikan sebuah merek dengan menggunakan media digital yang dapat menjangkau konsumen secara tepat waktu, pribadi, dan relevan.

Selasa, 26 Jun 2018

Sejarah Dan Evolusi Media Sosial

Media sosial telah berkembang dengan pesatnya hingga kini. Sejarah perkembangan media sosial telah bermula pada tahun 1970an. Kewujudan media sosial pada tahun 1978 adalah hasil dari penemuan sistem papan buletin yang membolehkan pengguna memuatnaik dan memuatturun maklumat serta berkomunikasi dengan menggunakan surat elektronik yang mana internet perlu disambung dengan dan modem.


Ward Christense dan Randy Suess adalah individu yang bertanggungjawab yang menjumpai sistem papan buletin. Kedua-dua mereka meruapakan pencinta dunia komputer. Penghantaran surat elektronik pertama pada tahun 1971 oleh ARPA (Advanced Research Project Agency) merupakan perkembangan media sosial pertama yang telah dicatatkan. Berikut adalah merupakan perkembangan ataupun evolusi media sosial bermula dari tahun 1995 hingga kini.

Tahap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Di Malaysia



Menurut sumber www.wearest.org yang diterjemahkan daripada infografik ‘The Malaysian Insider’ tahap penggunaan Internet di Malaysia bagi tahun 2013 ialah seramai 19.2 juta pengguna. Daripada jumlah tersebut, seramai 15.6 juta pengguna aktif menggunakan Facebook. 64% daripada jumlah populasi menggunakan media sosial. Manakala 58% pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi media sosial.

Cabaran / Halangan Penggunaan Media Sosial Di Malaysia

Berpandukan kepada data di bawah, terdapat beberapa cabaran atau halangan penggunaan media sosial di Malaysia.




Berpandukan kepada data tahun 2011 yang dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia, penipuan menunjukkan kadar yang tertinggi iaitu sebanyak 5,328 kes. Jumlah yang tinggi ini menjadi punca para usahawan dan pelanggan tidak berani untuk menggunakan media sosial bagi menjalankan perniagaan atau membeli atas talian. Ini menunjukkan bahawa sebilangan pengguna telah menyalahgunakan teknologi bagi kepentingan peribadi.

Keratan Akhbar










Jumaat, 1 Jun 2018

Apa Itu e-Dagang

Semakin hari semakin banyak mengenai e-dagang yang dapat kita lihat dan dengari samada di siaran televisyen, sosial media, blog dan surat khabar. “Mengapa e-dagang menjadi perbualan orang ramai sekarang terutamanya usahawan?” Ini kerana e-dagang dapat memberi begitu banyak manfaat kepada para usahawan di seluruh dunia. “ Sebenarnya usahawan di negara barat sudah lama menggunakan teknik berniaga secara e-dagang ini, tetapi kita di Malaysia baru bermula untuk mempratikkannya ketika berniaga. Tetapi tidak mengapa kerana bab kata orang “biar lambat asal jangan ketinggalan langsung kan”
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan e-dagang?

PKS disaran ceburi ekonomi berasaskan digital


 Jack Ma melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital di ibu negara


ZON Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) di negara ini boleh dikatakan sebagai yang terawal di dunia.

Ia telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengasas Alibaba, Jack Ma pada Mac 2017 lalu.

Jika diteliti perkembangan industri perniagaan online, usaha ini merupakan penyediaan sebuah e-hab yang dirancang secara bersama antara Alibaba, sebuah syarikat perniagaan terkemuka dari China dan kerajaan Malaysia menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah perancangan Platform Dagangan Elektronik Dunia (eWTP).

Khamis, 31 Mei 2018

Memacu Transformasi Ekonomi Digital Malaysia






MALAYSIA sebagai sebuah negara yang telah melonjak ke arah mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan teknologi. Antara yang memainkan peranan penting bagi Ekonomi Digital adalah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Pada 2011, MDeC telah diberi mandat untuk melangkah lebih luas daripada Koridor Raya Multimedia dan mula melihat kepada Ekonomi Digital secara holistik, bagi membawa agenda Digital Malaysia.

Ini termasuklah memacu ekosistem spesifik bagi pertumbuhan Ekonomi Digital seperti Big Data Analytics (BDA), Internet of Things (IoT), Teknologi Kreatif, e-dagang serta Perkhidmatan dan Kandungan Awan. Saya sendiri telah berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih 30 tahun dan pengalaman itu dimanfaatkan bagi membawa MDeC ke satu tahap yang lebih tinggi.

Khamis, 24 Mei 2018

Pemasaran Digital vs Pemasaran Tradisional


Pemasaran merupakan bidang yang telah lama wujud. Ini dibuktikan oleh sejarah perdagangan – tanpa pemasaran, kebarangkalian nenek moyang kita berjaya dalam perdagangan adalah hampir sifar. Jelasnya, dunia teknologi telah mengubah cara kita memasar dan memperdagangkan produk dan perkhidmatan kita. Cara pemasaran telah berubah menjadi lebih mudah. Pemasaran digital merupakan produk hasil daripada aplikasi prinsip pemasaran yang telah lama wujud kepada teknologi komunikasi moden.

Rabu, 23 Mei 2018

6 Jenis Perniagaan Modal Rendah


  Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan

Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau bekas staf Malaysia Airlines yang dibuang kerja baru-baru ini. Saya senaraikan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan anda.

#1 – Berniaga Buah Potong

Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, harus sasarkan jual 600 plastik sehari, cari lokasi yang ramai orang (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang) paling tidak anda akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500.
selling fruits
Gambar sekadar hiasan

6 Cara Mulakan Bisnes Dengan Modal Kecil

Gambar sekadar hiasan


Wang adalah alasan yang salah untuk memulakan bisnes. Atau, tidak memulakan perniagaan.
Apabila seseorang kata dia ingin memulakan perniagaan kerana ada wang, saya katakan fikir habis-habis. Banyak lagi cara untuk “buat duit” tanpa buat perniagaan. Satu cara yang lebih selamat ialah melabur dalam saham amanah.

Begitu juga apabila ada orang kata mereka tidak memulakan perniagaan kerana tidak banyak wang. Banyak cara boleh buat perniagaan tanpa menggunakan wang yang banyak.
Bagaimana?

9 Budaya Pemasaran Digital

Khas untuk Usahawan

BUDAYA # 1: MOBILFICATION 
Tidak dinafikan, kini adalah era di mana segalanya di hujung jari anda. Lebih tepat lagi, di telefon bimbit anda. Samada untuk mencari informasi, belanja, bersosial..segalanya lebih banyak dilakukan di smartphone kita .. Itulah sebabnya, bisnes kita juga perlu mengambil kira faktor 'mobilfication' ini. Apa dia mobilfication? Sebenarnya ni ni dah lama disebutkan, iaitu me-mobile-kan perniagaan anda. Maknanya, perniagaan anda bukan hanya sekadar di satu platform sahaja. Bukan hanya di satu media sosial sahaja. Kalau perniagaan anda dah ada FB, jadi kena tambah saluran lain gak spg IG, Youtube, Twitter ... Kalau ada web / blog, patut pastikan ia mesra mudah alih. Supaya selesa dan senang org untuk mengakses maklumat di web anda itu .. Jika berkesempatan, cuba buatlah aplikasi untuk perniagaan. Aplikasi adalah antara cara terbaik untuk memastikan perniagaan anda lebih dipercayai, lebih profesional, dan lebih maju daripada pesaing lain. Mobilfikasi dah disebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Khamis, 17 Mei 2018

Punca Mengapa Strategi Pemasaran Media Sosial Sering Gagal


Masalah yang biasanya wujud ialah apabila strategi dibentuk mengikut perspektif sendiri dan mengharapkan para pengguna mengikut kehendak mereka.

Dengan mendalami aktiviti-aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh para pelanggan, saya terdedah kepada pelbagai bentuk dan jenis kaedah yang mereka gunakan. Ia begitu menarik kerana mereka melakukan apa yang dilakukan di media sosial mereka selama ini berdasarkan logik yang wujud di fikiran masing-masing. Mereka menyediakan strategi menurut perspektif mereka sendiri dan bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.

Bagaimana Menggunakan Google Untuk Menulis Tajuk Blog Yang Memberikan Kedudukan Tinggi Pada Ranking

Tajuk yang baik dan berkualiti tinggi bukan sahaja akan menarik perhatian para pembaca, tetapi juga enjin pencarian seperti Google.



Menulis artikel atau blog yang menarik tidak akan lengkap sekiranya anda tidak mempunyai tajuk yang menggiurkan. Tanpa kehebatan tajuk, tiada seorang pun yang akan berhenti untuk terus menatal atau scroll pada paparan News Feed mereka. Begitu juga pada perenggan pertama artikel anda, kedua sehingga perenggan terakhir. Sekiranya perenggan pertama anda membosankan, tiada siapa yang akan membaca artikel anda pada perenggan kedua, ketiga sehingga habis. Jadi semuanya bermula pada tajuk.

Membina Pasukan Pemasaran Digital Anda Sendiri


Pakar kandungan ini adalah seorang yang strategis. Dia merupakan seorang yang dapat melihat di sebalik sesuatu, dan kemudiannya melakarkan dalam bentuk kandungan iaitu dalam bentuk penulisan artikel, poster, info grafik, video dan juga gambar.

Pasukan pemasaran digital kini dilihat sebagai satu keperluan, terutamanya syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (IKS). Mereka melihat pemasaran digital sebagai salah satu senjata penting untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar.

Apa yang Dimaksud dengan Pemasaran Digital



Pemasaran Digital sebenarnya adalah aktiviti promosi untuk sama ada Jenama atau produk yang menggunakan media elektronik (digital). Puluhan tahun yang lalu, media Pemasaran Digital sangat terhad, panggil televisyen atau radio yang hanya dapat menyampaikan maklumat dalam satu arah.

Isnin, 14 Mei 2018

Promosi perniagaan melalui Media Sosial


Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instalgram, Linkedin, Foursquare, YouTube dan sebagainya adalah cara promosi perniagaan yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau dimana-mana sahaja. Kaedah pengik3lanan melalui laman sosial mudah dilaksanakan dan kaedah yang percuma dan berkesan. Perkenalkan produk perniagaan dengan menghantar gambar produk perniagaan serta kebaikkan penggunaan produk perniagaan untuk keyakinan rakan laman sosial dengan menyertakan website, blog atau nombor telefon perniagaan. Kaedah promosi melalui media soaial mempunyai banyak kebaikkan untuk membina kenalan baru atau hubungan perniagaan yang baik dan ikhlas sambil pertukaran peluang perniagaan.

Promosi menggunaan risalah brochure, kad perniagaan atau sepanduk.

Cara yang paling mudah adalah memperkenalkan perniagaan kepada kawan-kawan terdekat atau saudara mara secara langsung dengan pemberian kad niaga atau brouchure. 


Contoh Brouchure

Ahad, 13 Mei 2018

Promosikan Perniagaan Secara Langsung.

Promosikan Perniagaan

Cara promosikan perniagaan secara langsung iaitu dari mulut ke mulut adalah merupakan cara peengiklanan tradisional yang masih sangat berkesan sehingga sekarang. 


Selasa, 8 Mei 2018

Cara Memulakan Perniagaan Dengan Mudah



10 Cara Memulakan Perniagaan Dengan Mudah 

Ramai yang meramalkan bahawa tahun 2017 merupakan tahun yang mencabar bagi semua..tidak kira samaada anda seorang pekerja makan gaji…usahawan…atau surirumah..

Dengan kedudukan mata wang yang tidak menentu sudah pasti kuasa membeli akan meningkat. Oleh itu, TPK ingin kongsikan kepada semua 10 Cara Memulakan Perniagaan Dengan Mudah.

Perniagaan Sendiri


MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI

1. Merancang Perniagaan

Perancangan yang menyeluruh adalah penting untuk memudahkan anda mengelak atau mengatasi masalah-masalah yang berkemungkinan timbul bila anda mula menjalankan perniagaan.Perancangan anda harus berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi dan menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Halaman ini menyediakan panduan bagi anda dalam merancang perniagaan anda. Anda akan melihat sepintas lalu iklim ekonomi dan persekitaran perniagaan di Malaysia serta maklumat asas yang anda perlu ketahui sebelum memulakan perniagaan.

Kebaikan Dan Kenburukan Shopping Online


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SHOPPING ONLINE.

APA KELEBIHAN SHOPPING ONLINE?

Hari ini dengan internet mudah alih yang begitu mudah diakses, lebih ramai pengguna kini beralih kepada pembelian barangan secara talian (shopping online) untuk semua keperluan mereka. Pakaian, kasut, produk elektrik, malah barangan runcit kini boleh dibeli melalui internet. Disamping anda berbelanja, anda juga boleh membuat duit secara online dengan mempromosikan barangan tertentu di internet melalui program affiliate terbaik Malaysia.

Tanggungjawab Sebagai Pengguna Platform Media Sosial

Tanggungjawab Sebagai Pengguna Platform Media Sosial

Tanggungjawab media sosial
Menggunakan media sosial bukanlah perkara yang asing pada zaman sekarang. Setiap hari, sesiapa yang menggunakan telefon pintar, biasanya akan terlibat dengan aktiviti di media sosial. Bezanya platform yang digunakan sahaja. Ini adalah perkara yang perlu kita uruskan dengan baik.

Tanggungjawab Pengguna


Tanggungjawab Pengguna



1. Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

2. Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

3.Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

4. Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

5. Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi masa akan datang




Sumber : Protal HPM

Hak-Hak Pengguna


1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya