2. Bina minat prospek menggunakan pendekatan emosi supaya dapat
mempengaruhi mereka membuat pembelian tersebut serta berasa puas hati
menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.
3.Bina keinginan prospek dengan cara menunjukkan ciri-ciri keistimewaan produk
anda serta memberi sampel atau memberi peluang mereka merasai pengalaman
mencubanya.
4.Tingkatkan keinginan pelanggan terhadap produk anda dengan keyakinan atau
membuktikan bahawa produk anda adalah berbaloi jika dibandingkan dengan
pesaing lain. Testimoni daripada pengguna yang berpuas hati boleh membantu
untuk mencapai matlamat ini.
5. Akhiri
jualan dengan cara menggalakkan prospek untuk membuat tindakan atau
pembelian serta-merta. Jawab sebarang bantahan dengan penerangan yang
mengagumkan.
Berikut merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk
mengakhiri jualan:
a) Akhiri secara langsung dengan mendapatkan tempahan.
b) Akhiri secara konsensi dengan memberikan jaminan kepada prospek
bahawa pembelian mereka adalah pilihan yang bijak, atau menjimatkan atau
pembelian tersebut adalah berbaloi.
c) Akhiri menggunakan desakan tempoh masa, iaitu dengan membuat
kenyataan seperti: “Barang ini akan dijual dengan harga asal mulai
minggu hadapan, diskaun akan diberikan sekiranya Tuan membuat pembelian
hari ini.”
d) Tawarkan tempoh percubaan kepada prospek untuk menggunakan produk
tersebut dengan tiada risiko dalam tempoh percubaan atau beri jaminan
pulangan wang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan