Blogroll

BLOG PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2018

Khamis, 17 Mei 2018

Punca Mengapa Strategi Pemasaran Media Sosial Sering Gagal


Masalah yang biasanya wujud ialah apabila strategi dibentuk mengikut perspektif sendiri dan mengharapkan para pengguna mengikut kehendak mereka.

Dengan mendalami aktiviti-aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh para pelanggan, saya terdedah kepada pelbagai bentuk dan jenis kaedah yang mereka gunakan. Ia begitu menarik kerana mereka melakukan apa yang dilakukan di media sosial mereka selama ini berdasarkan logik yang wujud di fikiran masing-masing. Mereka menyediakan strategi menurut perspektif mereka sendiri dan bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.

Bagaimana Menggunakan Google Untuk Menulis Tajuk Blog Yang Memberikan Kedudukan Tinggi Pada Ranking

Tajuk yang baik dan berkualiti tinggi bukan sahaja akan menarik perhatian para pembaca, tetapi juga enjin pencarian seperti Google.



Menulis artikel atau blog yang menarik tidak akan lengkap sekiranya anda tidak mempunyai tajuk yang menggiurkan. Tanpa kehebatan tajuk, tiada seorang pun yang akan berhenti untuk terus menatal atau scroll pada paparan News Feed mereka. Begitu juga pada perenggan pertama artikel anda, kedua sehingga perenggan terakhir. Sekiranya perenggan pertama anda membosankan, tiada siapa yang akan membaca artikel anda pada perenggan kedua, ketiga sehingga habis. Jadi semuanya bermula pada tajuk.

Membina Pasukan Pemasaran Digital Anda Sendiri


Pakar kandungan ini adalah seorang yang strategis. Dia merupakan seorang yang dapat melihat di sebalik sesuatu, dan kemudiannya melakarkan dalam bentuk kandungan iaitu dalam bentuk penulisan artikel, poster, info grafik, video dan juga gambar.

Pasukan pemasaran digital kini dilihat sebagai satu keperluan, terutamanya syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (IKS). Mereka melihat pemasaran digital sebagai salah satu senjata penting untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar.

Apa yang Dimaksud dengan Pemasaran Digital



Pemasaran Digital sebenarnya adalah aktiviti promosi untuk sama ada Jenama atau produk yang menggunakan media elektronik (digital). Puluhan tahun yang lalu, media Pemasaran Digital sangat terhad, panggil televisyen atau radio yang hanya dapat menyampaikan maklumat dalam satu arah.

Isnin, 14 Mei 2018

Promosi perniagaan melalui Media Sosial


Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instalgram, Linkedin, Foursquare, YouTube dan sebagainya adalah cara promosi perniagaan yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau dimana-mana sahaja. Kaedah pengik3lanan melalui laman sosial mudah dilaksanakan dan kaedah yang percuma dan berkesan. Perkenalkan produk perniagaan dengan menghantar gambar produk perniagaan serta kebaikkan penggunaan produk perniagaan untuk keyakinan rakan laman sosial dengan menyertakan website, blog atau nombor telefon perniagaan. Kaedah promosi melalui media soaial mempunyai banyak kebaikkan untuk membina kenalan baru atau hubungan perniagaan yang baik dan ikhlas sambil pertukaran peluang perniagaan.

Promosi menggunaan risalah brochure, kad perniagaan atau sepanduk.

Cara yang paling mudah adalah memperkenalkan perniagaan kepada kawan-kawan terdekat atau saudara mara secara langsung dengan pemberian kad niaga atau brouchure. 


Contoh Brouchure

Ahad, 13 Mei 2018

Promosikan Perniagaan Secara Langsung.

Promosikan Perniagaan

Cara promosikan perniagaan secara langsung iaitu dari mulut ke mulut adalah merupakan cara peengiklanan tradisional yang masih sangat berkesan sehingga sekarang.