Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instalgram, Linkedin, Foursquare, YouTube dan sebagainya adalah cara promosi perniagaan yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau dimana-mana sahaja. Kaedah pengik3lanan melalui laman sosial mudah dilaksanakan dan kaedah yang percuma dan berkesan. Perkenalkan produk perniagaan dengan menghantar gambar produk perniagaan serta kebaikkan penggunaan produk perniagaan untuk keyakinan rakan laman sosial dengan menyertakan website, blog atau nombor telefon perniagaan. Kaedah promosi melalui media soaial mempunyai banyak kebaikkan untuk membina kenalan baru atau hubungan perniagaan yang baik dan ikhlas sambil pertukaran peluang perniagaan.
Tiga media sosial yang popular masa kini untuk mempromosikan produk perniagaan ialah :
1. Promosi Produk Di Facebook
Facebook adalah media sosial yang paling popular masa kini untuk pengiklanan produk perniagaan yang boleh dilaksanakan secara percuma atau berbayar. Pertama sekali mesti mempunyai akaun facebook.
Teknik percuma pemasaran produk perniagaan melalui facebook adalah seperti berikut :
a) Paling penting adalah membina sebuah fanpage perniagaan.
Mula-mula sekali mesti bina FB fan page perniagaan yang boleh dibuat secara percuma untuk membina rakan facebook perniagaan. Cara bina FB Fanpage percuma, klik link https://www.facebook.com/pages/create/. Melalui akaun facebook dan fan page ini seterusnya boleh dilakukan pengiklanan berbayar iaitu facebook ads yang akan diajar dalam artikel berikutnya.
b) Gunakan Wall Post
Wall post facebook digunakan untuk memasang ayat-ayat promosi dengan memasukkan link website atau nombor telefon perniagaan.
c) Gunakan Acara
Isikan penerangan ringkas tentang apa yang ingin anda katakan atau aktiviti yang ingin anda lakukan
d) Mengemukakan satu artikel ringkas dalam Nota
Buat artikel yang memberikan maklumat tentang Affiliate yang anda ingin promosikan
e) Mesej peribadi dan Chatting
Hantar mesej atau chatting dengan rakan-rakan FB secara beretika. Sambil berchatting selitkan beberapa link pengiklanan perniagaan atau website dengan kaedah Soft selling.
2) Bagaimana Menggalakkan Produk Di Instagram
Instalgram adalah platform pengiklanan bisnes popular kini selepas Facebook. Buat akaun instalgram untuk upload gambar produk perniagaan serta butiran perniagaan sambil membina followers. Followers yang ramai amat penting untuk meningkatkan keberangkalian keberkesanan dalam promosi perniagaan.
3) Promosi Produk melalui Youtube
Youtube adalah media soaial yang menggunakan video atau video bergambar. Pembinaan Youtube membolehkan kita mempromosikan produk perniagaan dengan menyelitkan barangan perniagaan dalam sesuatu video youtube.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan