Blogroll

BLOG PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2018

Selasa, 8 Mei 2018

Cara Memulakan Perniagaan Dengan Mudah



10 Cara Memulakan Perniagaan Dengan Mudah 

Ramai yang meramalkan bahawa tahun 2017 merupakan tahun yang mencabar bagi semua..tidak kira samaada anda seorang pekerja makan gaji…usahawan…atau surirumah..

Dengan kedudukan mata wang yang tidak menentu sudah pasti kuasa membeli akan meningkat. Oleh itu, TPK ingin kongsikan kepada semua 10 Cara Memulakan Perniagaan Dengan Mudah.

Perniagaan Sendiri


MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI

1. Merancang Perniagaan

Perancangan yang menyeluruh adalah penting untuk memudahkan anda mengelak atau mengatasi masalah-masalah yang berkemungkinan timbul bila anda mula menjalankan perniagaan.Perancangan anda harus berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi dan menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Halaman ini menyediakan panduan bagi anda dalam merancang perniagaan anda. Anda akan melihat sepintas lalu iklim ekonomi dan persekitaran perniagaan di Malaysia serta maklumat asas yang anda perlu ketahui sebelum memulakan perniagaan.

Kebaikan Dan Kenburukan Shopping Online


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SHOPPING ONLINE.

APA KELEBIHAN SHOPPING ONLINE?

Hari ini dengan internet mudah alih yang begitu mudah diakses, lebih ramai pengguna kini beralih kepada pembelian barangan secara talian (shopping online) untuk semua keperluan mereka. Pakaian, kasut, produk elektrik, malah barangan runcit kini boleh dibeli melalui internet. Disamping anda berbelanja, anda juga boleh membuat duit secara online dengan mempromosikan barangan tertentu di internet melalui program affiliate terbaik Malaysia.

Tanggungjawab Sebagai Pengguna Platform Media Sosial

Tanggungjawab Sebagai Pengguna Platform Media Sosial

Tanggungjawab media sosial
Menggunakan media sosial bukanlah perkara yang asing pada zaman sekarang. Setiap hari, sesiapa yang menggunakan telefon pintar, biasanya akan terlibat dengan aktiviti di media sosial. Bezanya platform yang digunakan sahaja. Ini adalah perkara yang perlu kita uruskan dengan baik.

Tanggungjawab Pengguna


Tanggungjawab Pengguna



1. Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

2. Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

3.Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

4. Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

5. Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi masa akan datang




Sumber : Protal HPM

Hak-Hak Pengguna


1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya