Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan
Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang
menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau bekas staf Malaysia
Airlines yang dibuang kerja baru-baru ini. Saya senaraikan menurut
pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan
anda.
#1 – Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak
mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal.
Katakan rm1/plastik, harus sasarkan jual 600 plastik sehari, cari lokasi
yang ramai orang (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau
kilang) paling tidak anda akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500.
Gambar sekadar hiasan |
#2 – Khidmat Potong Rumput
Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji rm130 sehari
termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar rm60. Kerja
hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan
perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari rm340 × 30 hari = RM10,200.
Gambar sekadar hiasan |
#3 – Menjual Nasi
Menjual nasi rm4 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat
penghantaran. Buat iklan fb untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat
buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah
60%, so sehari bersih dalam tangan ialah rm360 × 30 hari = RM10,800.
Gambar sekadar hiasan |
#4 – Menjual Air
Jual air rm1/cawan depan sekolah semasa pelajar pulang (2 kali
sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan sekolah
agama pukul 5 hingga 6 petang. Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu
bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600
kasar. Rata-rata penjual air bagitahu margin untung bersih jual air ini
sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm480 × 21 hari persekolahan
sebulan = RM10,080.
#5 – Berniaga Di Pasar Malam
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu
dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga rm2
sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu
sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240.
Gambar sekadar hiasan |
#6 – Agent Jualan Produk
Jadi agent jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu (kerana
kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi
rm50/item, jual guna fbads (tidak tahu guna fbads boleh pergi belajar –
power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal,
setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian
iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800.
Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tapi
pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dahulu. Ingat, tak semua
perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan
serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan
keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan
tempat.
Gambar sekadar hiasan |
Sumber : majalahniaga.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan