Pemasaran merupakan bidang yang telah lama wujud. Ini dibuktikan oleh sejarah perdagangan – tanpa pemasaran, kebarangkalian nenek moyang kita berjaya dalam perdagangan adalah hampir sifar. Jelasnya, dunia teknologi telah mengubah cara kita memasar dan memperdagangkan produk dan perkhidmatan kita. Cara pemasaran telah berubah menjadi lebih mudah. Pemasaran digital merupakan produk hasil daripada aplikasi prinsip pemasaran yang telah lama wujud kepada teknologi komunikasi moden.
Blogroll
Khamis, 24 Mei 2018
Rabu, 23 Mei 2018
6 Jenis Perniagaan Modal Rendah
Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan
Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang
menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau bekas staf Malaysia
Airlines yang dibuang kerja baru-baru ini. Saya senaraikan menurut
pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan
anda.
#1 – Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak
mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal.
Katakan rm1/plastik, harus sasarkan jual 600 plastik sehari, cari lokasi
yang ramai orang (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau
kilang) paling tidak anda akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500.
Gambar sekadar hiasan |
6 Cara Mulakan Bisnes Dengan Modal Kecil
Wang adalah alasan yang salah untuk memulakan bisnes. Atau, tidak memulakan perniagaan.
Apabila seseorang kata dia ingin
memulakan perniagaan kerana ada wang, saya katakan fikir habis-habis. Banyak
lagi cara untuk “buat duit” tanpa buat perniagaan. Satu cara yang lebih
selamat ialah melabur dalam saham amanah.
Begitu juga apabila ada orang kata
mereka tidak memulakan perniagaan kerana tidak banyak wang. Banyak cara
boleh buat perniagaan tanpa menggunakan wang yang banyak.
Bagaimana?
9 Budaya Pemasaran Digital
Khas untuk Usahawan
BUDAYA # 1: MOBILFICATION
Tidak dinafikan, kini adalah era di mana segalanya di hujung jari anda. Lebih tepat lagi, di telefon bimbit anda. Samada untuk mencari informasi, belanja, bersosial..segalanya lebih banyak dilakukan di smartphone kita ..
Itulah sebabnya, bisnes kita juga perlu mengambil kira faktor 'mobilfication' ini.
Apa dia mobilfication?
Sebenarnya ni ni dah lama disebutkan, iaitu me-mobile-kan perniagaan anda. Maknanya, perniagaan anda bukan hanya sekadar di satu platform sahaja. Bukan hanya di satu media sosial sahaja.
Kalau perniagaan anda dah ada FB, jadi kena tambah saluran lain gak spg IG, Youtube, Twitter ...
Kalau ada web / blog, patut pastikan ia mesra mudah alih. Supaya selesa dan senang org untuk mengakses maklumat di web anda itu ..
Jika berkesempatan, cuba buatlah aplikasi untuk perniagaan. Aplikasi adalah antara cara terbaik untuk memastikan perniagaan anda lebih dipercayai, lebih profesional, dan lebih maju daripada pesaing lain.
Mobilfikasi dah disebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Langgan:
Catatan (Atom)